[ad_1]
KOTA BHARU: Norizam Tukiman menafikan dakwaan beliau berdepan masalah kewangan yang kritikal sehingga Lodge Zamburger miliknya yang terletak di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LSTIP), Pengkalan Chepa akan dilelong.
Pemilik Kelantan FC itu menjelaskan, dakwaan yang kini tersebar di media sosial tersebut tidak benar kerana yang hendak dilelong adalah bangunan yang disewa resort berkenaan, dan ia bukanlah miliknya.
Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamburger berkata, ekoran daripada hantaran yang dimuat naik sebuah portal di media sosial, ia telah mencetuskan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan penyokong The Crimson Warriors (TRW).
“Saya sudah meminta pihak peguam untuk memberikan notis tuntutan (Letter of Demand) kepada pemilik portal itu untuk tidak mengaitkan Lodge Zamburger dan lelong,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kelmarin sebuah sebuah portal hartanah telah memuat naik di Fb bahawa Lodge Zamburger milik Norizam akan dilelong pada harga bermula RM900,000, di mana lelongan dibuka pada 31 Mei ini.
Hantaran itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat TRW.
Segelintir penyokong mengandaikan ahli perniagaan dari Johor tersebut sedang berdepan isu kewangan dan bimbang situasi berkenaan akan menjejaskan pasukan, terutama dari segi pembayaran gaji.
Berita itu hadir ketika Kelantan FC berdepan masalah prestasi yang amat membimbangkan, kalah dalam lima aksi liga berturut-turut dan belum menang tujuh perlawanan terakhir hingga jatuh ke kedudukan kedua tercorot Liga Tremendous.
[ad_2]
Source link