[ad_1]
Setan Merah United terjebak pengaruh rakan sebaya
BERMULA dengan pengaruh rakan, keputusan pengurus, Setan Merah United, Mohamad Yamin Yahaya menyertai Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) nyata berbaloi apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang minggu ke-37.
Kejayaan rakan yang pernah menang mingguan menjadi ‘tarikan magnet’ buat Mohamad Yamin untuk turut serta, namun langsung tidak pernah meletakkan harapan untuk muncul sebagai lima terbaik.
“Saya ada Erling Haaland dan Julián Álvarez, namun saya sudah jangka apabila Manchester Metropolis muncul juara lebih awal, mereka pasti akan simpan pemain. Tetapi untuk kali ini saya pilih Bruno Fernandes sebagai kapten.
“Sebagai peminat Manchester United, saya juga ada senaraikan dua lagi pemain Purple Devils, David De Gea dan Luke Shaw. Kalau ikutkan, saya tidak pernah letak harapan langsung malah tidak pernah tahu ada pemenang mingguan.
“Jadi agak terkejut apabila diberitahu saya salah seorang daripada pemenang mingguan,” katanya.
Alasan munasabah untuk tutup mulut isteri
KEJAYAAN muncul salah seorang pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) dan menerima hadiah RM200 menjadi alasan munasabah buat pengurus Roirraw Der, Syafikh Errsyam Abu Bakar menutup mulut isterinya yang sering mengungkit minatnya terhadap Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!).
Pertaruhannya menyenaraikan pemain Brighton, Pascal Gross menjadi kunci kejayaan pada minggu ke-37 dan mungkin mampu tersenyum apabila mendapat ‘lampu hijau’ daripada isterinya untuk lebih serius membuat percaturan minggu terakhir dan musim depan.
“Bagi minggu ke-37, tidak ada perancangan istimewa dan hanya himpunkan pemain yang bermain dua kali. Pascal Gross antara yang menyumbang mata terbanyak.
“Saya pilih Gross kerana mahu kelainan dengan pengurus lain dan walapun saya penyokong Manchester United, saya lihat Gross pada minggu terdahulu dia banyak pegang bola dan cipta peluang. Kadang-kadang saya kena fundamental berbeza dengan orang lain, jadi saya cuba ambil keputusan pilih Gross, kalau jadi, jadilah dan kalau tidak, maka ‘air matalah’ saya.
“Selain itu, saya juga guna cip Bench Enhance. Sebelum ini, isteri saya sentiasa persoalkan saya tentang permainan ini tapi bila menang kali ini, harapnya ia akan jadi ‘lampu hijau’ untuk saya lebih serius,” jelasnya.
Kekecewaan peminat Chelsea terubat
KEJAYAAN memenangi hadiah mingguan pada penghujung saingan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) 2022/2023 memberikan satu kenangan manis buat pasukan Sarip Dol CF.
Pengurusnya, Anas Aminuddin sudah merancang untuk menyertai peraduan FPL Kosmo! seterusnya jika dianjurkan lagi kerana merasakan tiada rezeki buatnya pada musim ini.
Namun, pengurus dari Pulau Pinang itu langsung tidak menjangka mendapat panggilan memaklumkan pasukannya antara lima pemenang mingguan bagi saingan minggu ke-37.
“Memang ini rezeki saat-saat akhir kerana ingatkan sudah tiada peluang. Mungkin sebab saya guna cip bench increase untuk minggu ke-37 hingga membolehkan saya dapat banyak mata.
“Saya peminat Chelsea. Memang kecewa dengan pasukan kegemaran saya musim ini. Dapat jadi pemenang mingguan ini pun cukup bermakna, sekurang-kurangnya tidak pulang tangan kosong,” katanya.
Kemenangan sulung buat Rizqi Brother tersenyum lebar
PENANTIAN pengurus pasukan Rizqi Brother, Muhammad Faris Mohd. Zain untuk melakar kemenangan sulung tercapai selepas dinobatkan sebagai pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!).
Fariz mengakui saingan FPL Kosmo! bukan mudah apabila terpaksa berdepan pengurus pasukan-pasukan berpengalaman.
Kata Faris, kekangan masa menyebabkannya gagal menyediakan pasukan terbaik dan terpaksa meletakkan sasaran mingguan.
“Saya sudah lama fundamental FPL ini dan pernah menang peraduan ke London. Ketika itu saya rajin buat analisis, namun kali ini kekangan masa membataskan saya merangka strategi pemilihan pemain.
“Perlawanan sebelum ini saya gunakan Bruno Fernandez selaku kapten pasukan dan membantu saya meraih mata penting untuk berada dalam senarai pemenang Kosmo!.
“Saya harap dengan kemenangan ini mampu melakar kemenangan pada minggu terakhir,” katanya.
Kean Hong buru kemenangan penutup FPL
PEMILIHAN Bruno Fernandez sebagai kapten dan penggunaan cip triple captain nyata berbaloi apabila pengurus pasukan Enersky Tim Chee dinobatkan sebagai pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!.
Pengurus Enersky Tim Chee, Chee Kean Hong berharap dia melakar kemenangan mingguan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Justeru, Kean Hong mahu memberikan yang terbaik dalam mencongak pemilihan pemain dalam baki perlawanan musim ini.
“Saya tak jangka mampu menang sekali lagi kerana pada minggu ke-34 saya pernah berada dalam senarai mata tertinggi.
“Percaturan saya benar-benar menjadi dan pemilihan Bruno Fernandez membantu saya mengutip mata tertinggi minggu ini sekali lagi. Kalau boleh, saya mahu menang sekali lagi pada perlawanan terakhir EPL musim ini,” katanya.
[ad_2]
Source link