[ad_1]
JAKARTA – Aktres jelita Indonesia, Ita Rahman mengaku dia berbogel dalam filem Spirit Doll arahan Azhar Konoi, lapor portal berita Sumedang hari ini.
Dalam filem yang turut dibintangi Anya Geraldine dan Samuel Rizal itu, dia perlu melakukan adegan ranjang tanpa memakai baju yang memperlihatkan punggungnya.
“Benar-benar telanjang. Ini pengalaman adegan ranjang pertama dan paling mencabar sepanjang kerjaya saya dalam dunia hiburan,” kata Ita Rahma seperti dilaporkan portal berita matamata.com.
Menyentuh tentang perasaannya ketika melakonkan babak itu Ita berkata: “Saya agak ragu-ragu. Saya menerima tawaran ini kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza dari segi watak dan peranan.
“Ketika melakonkan adegan itu, kru yang terlibat dihadkan. Hanya segelintir demi menjaga privasi,” tambahnya.
Namun, kata Ita, ibu bapanya memberikan kebenaran untuknya melakonkan babak ‘panas’ itu.
“Mereka tahu itu sebahagian daripada pekerjaan saya. Mereka percaya kepada saya,” ujarnya lagi. – Agensi
[ad_2]
Source link