[ad_1]
LONDON: Ilkay Gundogan beraksi cemerlang dan menjadi watak penting untuk Manchester Metropolis apabila dua jaringannya berjaya membenam Manchester United 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA yang mungkin dianggap hadiah perpisahan terbaik.
Pemain Jerman itu kini menjadi penggerak utama kepada usaha Metropolis untuk melengkapkan kejayaan treble pada hujung minggu ini selepas kelab kendalian Pep Guardiola itu akan menentang Inter Milan dalam closing Liga Juara-Juara Eropah.
Bagaimanapun, masa depan pemain berumur 32 itu menjadi tanda tanya banyak pihak kerana kontraknya di Etihad akan berakhir pada akhir bulan ini dan hingga sekarang masih tiada rundingan lanjut dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Selepas tujuh musim di metropolis, Gundogan telah dilaporkan tergoda dengan perubahan gaya permainan di Barcelona dan gaya hidup yang ditawarkan oleh kelab Catalan itu.
“Dia tahu apa yang saya fikirkan (tentang dia). Tiada keraguan. Kami berjiran, kami tinggal di tingkat yang sama selama bertahun-tahun, dia adalah kawan rapat saya tetapi harap kami dapat menyelesaikan dengan cara yang baik. Txiki Begiristain (Pengarah Sukan Metropolis) sedang bekerja.
“Musim yang dia lakukan bersama pasukan adalah luar biasa,” kata Guardiola.
Gol pertama Gundogan dalam perlawanan akhir itu cukup menakjubkan dan hadir dalam masa 12 saat pertama dan ia akan kekal dalam ingatan termasuk menjadi gol terpantas dalam sejarah closing Piala FA.
Dia kemudiannya menjadi pemain pertama dalam rekod yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir Piala FA dari luar kotak apabila gol volinya menewaskan David De Gea enam minit memasuki babak kedua.
Dua gol itu menjadikan Gundogan mengumpul 11 jaringan untuk Metropolis musim ini tetapi dia mempunyai bakat untuk menghasilkan gol apabila tekanan meningkat menjelang akhir musim ini.
Enam daripada gol Gundogan pada musim ini dijaringkan pada bulan lepas dan dia juga menjaringkan dua gol menentang Leeds dan Everton untuk membawa anak buah Guardiola bersaing dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Dia boleh melakukan segala-galanya. Dia menunjukkan pada kepimpinan setiap sesi latihan. Tiba tepat pada masanya, menjalani latihan 24 jam sehari. Dia seorang lelaki yang menangani tekanan dengan sangat baik,” kata Guardiola.
Di sebalik pujian penuh terhadap pengurusnya, Gundogan menyifatkan pemerintahan gemilang Guardiola sebagai pemain bintang yang tidak selalu dijamin sebagai permulaan.
Dia bangkit dari bangku simpanan untuk memberi inspirasi kepada kebangkitan menakjubkan daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Aston Villa 3-2 pada hari terakhir EPL musim lalu untuk merampas gelaran daripada Liverpool.
“Saya tidak memerlukan hari-hari seperti ini untuk berasa dihargai dan berasa istimewa dalam kelab ini. Saya tahu itu dan itulah sebabnya saya berada di sini tujuh tahun.” katanya.
Ketika ditanya tentang masa depannya di Metropolis, Gundogan memaklumkan setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat sebaliknya, dia lebih memberi tumpuan kepada usaha untuk memenangi Liga Juara-Juara.
“Kami mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan memenangi treble dan kami tidak mahu membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,” kata Gundogan.-AGENSI
[ad_2]
Source link