[ad_1]
LONDON – Seorang wanita mendedahkan kisah hidupnya yang diceraikan suami dalam masa kurang 24 jam selepas mereka berkahwin gara-gara dia menolak melakukan hubungan intim, lapor laman berita Detik hari ini.
Wanita dikenali sebagai Rachel itu berkongsi kisahnya dalam program podcast Britain, Scorching Nights bersama juruhebah Abbie Chatfield.
Menurut Rachel, dia menganggap kejadian itu sebagai pengalaman terburuk dalam hidupnya.
“Pada malam perkahwinan, kami keluar berjalan-jalan dan selepas pulang ke lodge, saya menolak ajakannya untuk berhubungan intim,” katanya seperti dipetik laman berita LADBible.
Menurut Rachel, dia berasa letih kerana sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka sebelum itu.
Namun, malang buat wanita itu apabila keesokan harinya, suaminya menyuarakan hasrat untuk menceraikannya.
Rachel berkata, meskipun kecewa, dia tetap bersyukur kerana ‘terlepas’ daripada lelaki yang menunjukkan tanda-tanda amaran (crimson flag) sikap buruk pada awal perkahwinan.
Kisah dikongsikan Rachel mendapat perhatian ramai pendengar yang turut memberikan pendapat mereka.
“Lelaki itu sangat mengerikan dan menjijikkan,” kata seorang pendengar. – Agensi
[ad_2]
Source link