[ad_1]
SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang doktor pakar swasta mengalami kerugian keseluruhan lebih RM3.14juta selepas terjerat dalam pelaburan mata wang kripto dan saham tidak wujud.
Kedua-dua mangsa berusia 57 dan 68 tahun masing-masing ditipu selepas mengenali suspek menerusi aplikasi Linkedin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes pertama melibatkan doktor pakar sebuah hospital swasta yang telah membuat laporan polis di daerah Ampang Jaya dengan memaklumkan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Profesor Kim So Younger yang konon warga Korea.
Katanya, suspek kemudiannya telah menawarkan mangsa menyertai pelaburan dikenali Buying and selling Crpytocurrency dan mangsa telah mendaftar melalui sebuah laman sesawang selain membuat akaun pelaburan.
“Mangsa kemudiannya telah melakukan 55 kali pindahan wang dalam talian ke 37 akaun financial institution berbeza yang diberikan suspek bagi tujuan membeli mata wang USD untuk ditukarkan dalam mata wang kripto.
“Keseluruhan wang yang dipindahkan berjumlah lebih RM2.09 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, kes kedua melibatkan pesara jurutera yang terpedaya dengan suspek dikenali Anna
dengan ditawarkan menyertai pelaburan saham dan dibawa masuk ke dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp iaitu “1 Yr 10 Instances Wealth Membership”.
Jelas Hussein, mangsa telah membuat bayaran deposit sebanyak 19 transaksi berjumlah lebih RM1.05 juta selepas memuat turun aplikasi bernama PSLUS.
“Kesemua transaksi itu dilakukan dalam lapan akaun financial institution yang berbeza sejak 16 Jun hingga 2 Julai lalu. Kedua-dua mangsa menyedari ditipu selepas akaun pelaburan tidak dapat lagi diakses selain perkhidmatan pelanggan tidak menjawab pesanan mangsa,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya denga iklan-iklan pelaburan, saham yang ditawarkan dalam talian yang dikatakan menawarkan pulangan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. – KOSMO! ONLINE.
[ad_2]
Source link