[ad_1]
KUALA PILAH: Seorang tukang proses ayam dijatuhkan hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki air serta daun ketum di Kampung Sawah Lebar, April lalu.
Tertuduh, Nazarudin Alias, 49, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.
Berdasarkan pertuduhan, dalam pengetahuan dan kawalan tertuduh bersama dua botol plastik lutsinar yang berisi cecair disyaki air ketum seberat 2.8 liter dan satu beg plastik berwarna di dalamnya terdapat daun ketum seberat 226 gram.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam bertempat di sebuah rumah di Kampung Sawah Lebar, di sini, 7 April lalu.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jik sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama polis telah membuat serbuan sempena Op Tapis telah membuat pemeriksaan di bahagian dapur rumah tersebut bertempat di atas lantai dapur pengadu telah menjumpai satu beg plastik di dalamnya terdapat dedaun hijau disyaki daun ketum.
Kemudian, pemeriksaan di sebuah peti sejuk yang berada di ruang tamu rumah tersebut dan telah menjumpai di dalamnya dua botol plastik lutsinar setiap satunya berisi cecair disyaki air ketum.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –UTUSAN
[ad_2]
Source link