[ad_1]
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila rumah pusaka arwah neneknya yang disewakan kepada sebuah keluarga ‘diserahkan’ dalam keadaan kotor selepas tidak dijaga dengan baik.
Bukan itu sahaja, persekitaran di dalamnya didakwa dipenuhi najis kucing dan ayam sekali gus disifatkan penyewa tersebut tidak bertanggungjawab.
Luahan itu dikongsikan seorang pengguna TikTok menerusi video dimuat naik pada akaunnya yang menunjukkan keadaan di dalam rumah tersebut tidak terjaga, kotor dan rosak selain terdapat sampah tidak dibuang.
“Penyewa pengotor, alkisah rumah pusaka arwah opah ni disewakan oleh sebuah keluarga. Rumah tinggal dalam keadaan elok, dapat kat dia orang jadi macam ni.
“Menyewa 31/8/2014 keluar dari rumah 24/7/2023. Sembilan tahun ye tak bertukar orang. Macam mana boleh duduk dalam keadaan macam ni. Penuh dengan najis kucing, najis ayam,” katanya pada hantaran itu.
Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu memberitahu, keluarga yang menyewa rumah tersebut adalah golongan susah.
“Sebelum ni makcik sebelah rumah opah yang bagi sewa sebab kata orang ni susah. Jadi dia sewakan RM50 saja sebulan.
“Sebab kan makcik yang duduk sebelah rumah opah ni kata dia susah. Kita pun okay saja lah, tapi jadi macam ni pula.
“Kita datang awak (tengok rumah sepanjang menyewa). Tapi sebab dia susah, kita tolong juga. Mula-mula memang dia susah. Tapi takkan sampai tak boleh jaga rumah,” katanya kesal. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link