[ad_1]
PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dalam hantaran Instagram beliau hari ini.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji un, berita yang menyedihkan, YB Dato Sri Johari Harun, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua UMNO Bahagian Bentong kembali ke rahmatullah, terlibat di dalam bahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam. Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulis beliau.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan ADUN Pelangai itu dipercayai antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Pesawat ringan berkenaan dipercayai berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Mannequin 390 (Premier 1), terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam.-UTUSAN
[ad_2]
Source link