[ad_1]
LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dan penjaga golnya, Andre Onana berkongsi pendapat yang sama bahawa pasukan itu telah bermain dengan baik ketika tewas 0-2 menentang Tottenham Hotspur awal pagi semalam.
Menurut mereka, gaya permainan dan taktikal yang digunakan pada aksi tersebut berjalan dengan baik, namun kekalahan tersebut adalah berpunca daripada kegagalan pemain menyempurnakan peluang yang terhidang.
United yang beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Tottenham Hotspur berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada babak pertama, namun mereka gagal mengekang asakan Spurs yang meraih jaringan menerusi Pape Matar Sarr dan gol sendiri Lisandro Martinez.
Sepanjang aksi tersebut, United meraih beberapa peluang terbaik menerusi Marcus Rashford, Casemiro, Bruno Fernandes dan Antony, namun semuanya gagal disudahkan menerusi jaringan.
“Saya tidak fikir mereka lebih bagus berbanding kami. United bermula dengan baik, mencipta peluang, tetapi gagal disudahkan. Jika kami berjaya menjaringkan gol, perlawanan ini mungkin akan berbeza.
“Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan kami mempunyai banyak peluang terbaik. Kami perlu terus bekerja keras, bertenang dan saling mempercayai. Walaupun kami tewas, saya masih memiliki keyakinan tinggi,” jelas Onana.
Sementara itu, Ten Hag mengakui tidak resah dengan persembahan yang dipamerkan, cuma agak kecewa dengan ketumpulan jentera serangan skuad kendaliannya.
“Saya sukakan aksi babak pertama, ia sangat baik, tetapi kami perlu menjaringkan gol. Apabila anda tewas, ia bukan suatu yang baik, anda perlu pulang dan menilai semula aksi ini,” ujarnya. – AGENSI
[ad_2]
Source link