[ad_1]
KUALA LUMPUR.- Hanya tujuh hari dilancarkan lagu nyanyian PU Lokman Naufal berjudul Haruman Terindah kini menjadi pilihan pertama di platfform YouTube untuk kategori muzik.
Mengakui sebagai satu kejutan, dia memanjatkan rasa syukur walaupun seakan tidak percaya kemampuan lagu tersebut yang dapat memikat hati peminat sekali gus menjadi pilihan utama pendengar.
“Saya gembira dan bersyukur kerana peminat suka dengan Haruman Terindah. Mereka banyak meninggalkan komen positif dan menganggap apa yang kami lakukan sebagai satu usaha dakwah dalam hiburan,”
“Dengan tema kasih sayang, bait-bait lirik lagu ini begitu dekat dengan pendengar. Saya bahagia apabila ramai yang tersentuh dengan lagu ini meskipun ada yang sudah mendengarnya sebelum ini,” katanya bercerita.
Jelasnya lagu tersebut sudahpun dilancarkan pada tahun 2020 lalu. Namun atas perbincangan dengan pihak pengurusan, mereka mahu merakamkan semula lagu berkenaan dengan susunan muzik yang lebih segar selain melancarkan lirik video baharu.
Sementara itu, selaku penerbit Haruman Terindah, Jaja Ishak memberitahu dia gembira dengan sambutan yang diberikan dan dalam masa yang sama mahu membuktikan sesebuah karya boleh kekal relevan sekiranya ada penambahbaikan dilakukan.
“Pada awalnya kita kurang yakin untuk merakamkan semula lagu ini kerana berpendapat adalah lebih wajar untuk merakamkan lagu baharu sahaja. Tapi apabila melihatkan development di TikTok kecenderungan peminat menggunakan lagu ini, kita yakin dengan keputusan ini.
“Akhirnya lagu ini trending nombor satu di YouTube dan turut mendapat sambutan di TikTok. Ini yang membuatkan saya yakin untuk terus melabur dalam mana-mana pembikinan karya kreatif dalam bidang muzik,” tambahnya lagi.
[ad_2]
Source link