[ad_1]
KUALA TERENGGANU – Seorang tukang rumah mengaku salah pertuduhan mencuri tabung sebuah masjid di daerah ini tiga bulan lalu di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan 26 September depan sebagai tarikh jatuh hukuman buat tertuduh, Suhaidi Abdul Hamid.
Berdasarkan pertuduhan, Suhaidi didakwa mencuri tabung sebuah masjid pada pukul 9.15 malam, 27 Jun lalu.
Perbuatan itu disedari bendahari masjid yang mengesan kesan gam pada dua buah tabung masjid berkenaan sebelum memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV).
Pemeriksaan rakaman CCTV, mendapati imej lelaki didakwa Suhaidi telah mencuri duit tabung masjid itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Dia kemudiannya berjaya ditahan polis di ruang legar sebuah pasar raya di Kuala Nerus pada 3 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link