[ad_1]
PARIS – Bintang sensasi Manchester Metropolis, Erling Haaland akhirnya membuka mulut apabila mengakui dia mampu untuk mencabar Lionel Messi dalam perebutan Anugerah Ballon d’Or pada edisi kali ini.
Kedua-dua pemain berkenaan dianggap calon terbaik untuk menjulang gelaran tersebut berdasarkan musim yang terbaik dilalui mereka dengan merangkul trofi yang cukup penting dalam karier masing-masing.
Haaland membantu Metropolis merangkul gelaran trebel musim lalu dengan menjulang Piala FA, Liga Perdana Inggeris serta membantu kelab itu mencatat sejarah buat kali pertama dinobatkan sebagai juara Eropah pada saingan Liga Juara-Juara.
Messi pula berjaya menyempurnakan impiannya selama ini apabila membantu Argentina menamatkan penantian panjang dengan menjulang trofi Piala Dunia pada aksi di Qatar Disember lalu.
“Dalam fikiran saya, ia bergantung kepada apa yang dimaksudkan sebagai penyerang. Saya adalah yang terbaik? Mungkin.
“Saya percaya saya mampu untuk menjadi lebih baik. Saya masih muda, tetapi saya percaya saya mempunyai peluang untuk memenanginya tahun ini,” katanya.
Musim ini menyaksikan Haaland sekali lagi memulakan musim dengan cemerlang apabila meledak enam gol termasuk hatrik pertama musim ini ketika saingan Liga Perdana Inggeris hanya berlangsung empat perlawanan.
“Saya mahu peminat mengingati saya sebagai pemain yang istimewa menerusi cara saya bermain. Itu yang cuba saya lakukan pada setiap minggu,” jelasnya.
Saingan merebut Ballon d’Or edisi kali ini menyaksikan Haaland bukan sahaja mendapat tentangan Messi tetapi bintang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe turut berada dalam senarai pendek tersebut. – AGENSI
[ad_2]
Source link