[ad_1]
PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamer kebangkitan hebat untuk melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Hong Kong hari ini.
Pasangan No. 11 dunia itu bangkit daripada ketinggalan 15-21 di set ppertama dan 15-18 di set penentuan ketika mengetepikan pilihan keempat dari Thailand, Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kittitharakul. 15-21, 21-14, 21-19.
Kemenangan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod 100 peratus ke atas Rawinda-Jongkolphan dalam lima pertemuan mereka.
Peluang mereka untuk memburu tiket ke perlawanan akhir tampak lebih baik selepas tidak perlu menentang juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada separuh akhir esok.
Matsumoto-Nagahara, pilihan pertama kejohanan menjadi mangsa kejutan terbesar apabila tewas kepada pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-17, 23-25, 14-21.
Sementara itu, cabaran beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir selepas tumpas kepada pilihan kelapan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin 19-21, 18-21.
Tiga lagi wakil negara, Ng Tze Yong (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita) dan Goh Quickly Huat-Shevon Lai (beregu campuran) akan turun sebenar lagi. – UTUSAN ONLINE
[ad_2]
Source link