[ad_1]
JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 85 paket minyak masak subsidi dalam Op Taring Landai, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarkan risikan unit risikan PPM, satu pemeriksaan telah dibuat terhadap kereta dipandu suspek pada pukul 12.30 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu membawa lima kotak mengandungi 85 paket minyak masak satu kilogram yang bernilai RM8,212.
“Minyak masak tersebut tidak mempunyai dokumen dan allow yang sah. Pihak polis turut menahan lelaki warga asing berusia 35 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Kamarul Zaman berkata, masyarakat juga digesa agar terus menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.
“Polis Johor menasihati mereka yang masih terbabit dengan aktiviti penyeludupan agar menghentikan aktiviti berkaitan. Polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaskan aktiviti ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.-KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link