[ad_1]
PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyelamatkan empat kanak-kanak warga asing yang dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan di sebuah kilang logam terpakai di Jalan Udang Gantung, Teluk Gong, Klang dekat sini hari ini.
Serbuan yang dijalankan pada pukul 3.30
petang itu, hasil risikan oleh Bahagian AntiPemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), bersama Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Tenaga Kerja.
Ketua Penolong Pengarah D3, Senior Asisten Komisioner Polis, Fadil Marcus berkata, mereka yang diselamatkan terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki warganegara Myanmar dan seorang lagi kanak-kanak perempuan.
Kata beliau, kesemua mereka yang diselamatkan berusia 17 tahun dan diselamatkan di bawah Seksyen 441 (1) Akta ATIPSOM 2007 dan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966.
Ujar beliau, menerusi serbuan sama, seramai 40 orang terdiri 30 lelaki dan 10 perempuan turut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.
“Mereka yang ditahan terdiri 26 lelaki warganegara Myanmar selain lapan wanita warga sama diikuti warga Kemboja (tiga orang), Bangladesh (seorang) berusia antara 21 sehingga 45 tahun.
“Kita (polis) juga menahan seorang pengurus dan pembantu kilang warga tempatan berusia 21 dan 31 tahun di bawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata beliau, fokus operasi yang dijalankan adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada Nationwide Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
Jelasnya, siasatan awal mendapati kilang tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai beroperasi lebih kurang selama dua tahun.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956 dan 1963.
“Pihak Jabatan Tenaga Kerja akan membuat siasatan di bawah Akta Kerja dan Akta Normal Minimal Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446),” jelasnya.-UTUSAN
[ad_2]
Source link