[ad_1]
KOTA BHARU – Akhbar Kosmo! mengungguli anugerah tempat pertama bagi kategori Laporan Berita Terbaik (Cetak/Portal) pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2023 di Resort Perdana di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, wakil negeri Kosmo! Kelantan, Muhammad Ayman Ghaffa menang kategori tersebut menerusi laporan berita Ah Lengthy ‘Warak’ Kutip Hutang.
Wartawan Kosmo! di Gua Musang, Aimuni Tuan Lah pula memenangi tempat kedua kategori Anugerah Laporan Berita Terbaik (Cetak/Portal) bertajuk Warga Asing Jerat Wanita Orang Asli.
Selain itu, Muhammad Ayman juga menang tempat ketiga kategori Anugerah Laporan Berita Terbaik (Cetak/Portal) iaitu Suri Rumah Tahi Judi dan tempat keempat dengan berita bertajuk Rela Muflis Elak Diganggu Financial institution.
Muhammad Ayman juga menang tempat keempat bagi Anugerah Penulisan Rencana Terbaik (Cetak/Portal) dengan rencana bertajuk Sungai Pengkalan Kota Bharu Lubuk Etak manakala Aimuni pula tempat kelima menerusi rencana Perkampungan Awal Cina Kelantan.
Sementara itu, jurufoto Kosmo!, Kamarul Bismi Kamaruzaman pula menang tempat kedua bagi kategori Foto Cemerlang Terbaik dengan gambar bertajuk Banjir Di Kelantan Belum Serius di portal Kosmo! On-line.
Hasil bidikan Kamarul Bismi yang menjadi penghias muka depan akhbar Utusan Malaysia juga berjaya mendapat tempat kelima bagi kategori sama.
Perasmian MAKK 2023 disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan bukan kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Zamakhshari Muhamad.
MAKK 2023 yang bertemakan Jika Bukan Pengamal Media, Siapa Aku? dianjurkan oleh Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) bagi meraikan seramai 65 orang pengamal media di Kelantan. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link