[ad_1]
BANGKOK – Polis Thailand menangkap seorang suspek penembak berumur 14 tahun selepas insiden amukan senjata api di Bangkok menyebabkan tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera.
Huru-hara tercetus susulan laporan berlaku tembakan senjata api lewat tengah hari tadi, menghampiri waktu paling sibuk di pusat beli-belah Siam Paragon Mall yang merupakan antara premis beli-belah dan bersantai well-liked di ibu kota Thailand itu.
Polis berkata, seorang suspek penembak berumur 14 tahun telah ditangkap dan disoal siasat.
Perkhidmatan kecemasan berkongsi gambar anggota polis menggari seorang individu yang meniarap dan seorang lagi anggota polis merampas sepucuk pistol di atas lantai.
Beratus-ratus orang termasuk kanak-kanak terdahulu dilihat bergegas keluar dari pusat beli-belah tersebut.
“insiden itu berlaku dalam masa cuma beberapa minit. Kami melihat orang ramai berlari keluar, kami tidak tahu apa yang berlaku,” kata seorang lelaki berumur 26 tahun, Shir Yahav di lokasi kejadian.
“Kami bergerak bersama-sama mereka dan mendengar beberapa das tembakan seperti enam atau tujuh das,” katanya.
Keganasan dan pemilikan senjata api bukan perkara luar biasa di Thailand manakala insiden tengah hari tadi berlaku selepas seorang bekas pegawai polis membunuh 36 orang termasuk 22 kanak-kanak dan dirinya sendiri di sebuah taska membabitkan amukan pisau dan senjata api yang berlarutan selama beberapa jam. – AGENSI
[ad_2]
Source link