[ad_1]
SHAH ALAM – Konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) membuat kejutan apabila mengumumkan tiada penyingkiran, malam ini.
Acara yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA itu menyaksikan seramai 14 peserta layak melangkah ke minggu keempat yang bertemakan Berdua Bersatu iaitu bersama penyanyi terkenal.
Pada konsert malam ini turut menyaksikan Ayai yang mendendangkan lagu Donde mendapat markah terendah iaitu 51.7 peratus, namun diumumkan terselamat.
Sementara itu, penyanyi Jaclyn Victor yang juga juara GV musim kesembilan muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas dengan markah sebanyak 76 peratus.
Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi yang naib juara GV keempat iaitu Liza Hanim dengan markah sebanyak 74.7 peratus manakala Naqiu pula berada di tempat ketiga dengan kutipan markah 74.5 peratus.
Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, prestasi beberapa peserta terjejas susulan pemilihan lagu yang bukan daripada period mereka.
“Kebanyakan lagu bukan zaman mereka. Peserta yang berusia 50-an nak nyanyi lagu terkini sangat mencabar buat mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert minggu ketiga ASGV, malam tadi.
Sementara itu, tiada penyingkiran malam ini menyaksikan 16 peserta terdiri daripada Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Zamani, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz berjaya melangkah ke minggu ketiga.
Sementara, Ayai Illusi, Siti Nordiana, Ezad Lazim, Aliff Aziz, Datuk Aishah, Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.
Rancangan widespread itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
GV10 memperlihatkan persaingan 10 bintang yang terdiri daripada juara-juara GV dari musim pertama hingga kesembilan.
Tambahan enam lagi bintang dipilih berdasarkan undian peminat menjadikan jumlah keseluruhan peserta GV10 adalah seramai 16 peserta.
Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link