[ad_1]
KUALA LUMPUR – UMNO mendokong penuh pendirian kerajaan Malaysia dalam mengutuk tindakan kejam yang tidak berperikemanusian Regim Zionis dan tidak akan sesekali menormalisasi hubungan diplomatik dengan negara haram penjajah Israel.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, atas nama kemanusian dan hak asasi, UMNO mendesak masyarakat dunia untuk bersatu dan bersama-sama atas satu suara dan upaya mempertahankan
kedaulatan Palestin dan menghulurkan segera bantuan kemanusiaan.
“Negara-negara dunia dan masyarakat antarabangsa yang berpegang kepada prinsip keamanan dan kemanusiaa sebagaimana disepakati melalui Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu wajib menyatakan pendirian tegas dan memberikan tekanan kepada Israel agar menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.
“UMNO menyelar sikap hipokrasi negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kedaulatan rakyat untuk pertahankan tanahair sendiri seperti di Ukraine, namun menghalalkan penyembelihan rakyat tidak berdosa yang hanya pertahankan hak kedaulatan tanahair sendiri daripada regim kebinatangan Zionis Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini.
Tambahnya, UMNO menyokong penuh inisiatif Perdana Menteri yang menggerakkan tabung kemanusian bagi membantu rakyat Palestin.
Katanya, peruntukan awal RM10 juta daripada Kerajaan Malaysia dan sasaran RM100 juta kutipan turut akan didokong oleh UMNO.
UMNO juga katanya akan mengaktifkan semula Tabung Muafakat Palestin bagi dihantar sendiri secara terus ke Gaza dan kutipan derma ini akan diuruskan oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Utama D.r Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tanda komitmen seluruh ahli UMNO bersolidariti dan sejiwa bersama Palestin. – KOSMO! ONLINE.
[ad_2]
Source link