[ad_1]
BARCELONA – Kehadiran Jude Bellingham membuktikan Actual Madrid seperti tidak terkesan kehilangan pemenang Ballon d’Or yang juga bekas penyerang prolifik pasukan itu, Karim Benzema musim ini.
Biarpun baru dibeli dari Borussia Dortmund musim ini, namun Bellingham, 20, tidak menunggu lama untuk mencipta impak hebat bersama Los Blancos apabila berjaya meledak 13 gol daripada 13 aksi dalam semua kejohanan.
Menariknya, bintang muda England itu sekali lagi menjadi wira buat Actual apabila dua golnya memastikan skuad bimbingan Carlo Ancelotti menang 2-1 ke atas Barcelona dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou sebentar tadi.
Lebih manis, Bellingham melakukannya pada penampilan pertamanya dalam pertembungan El Clasico, sekali gus membuatkan para penyokong Actual menggelar dirinya sebagai ‘jelmaan Zinedine Zidane.
Ini kerana Bellingham memilih untuk menggunakan jersi No.5 pernah dipakai legenda Perancis itu bersama Actual sebelum ini.
Dalam aksi itu, Barcelona yang dikendalikan Xavi Hernandez terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ilkay Gundogan seawal minit keenam.
Bagaimanapun, Bellingham menyamakan kedudukan buat Actual pada minit ke-68 sebelum percubaannya dalam masa kecederaan di penghujung perlawanan menghadiahkan tiga mata berharga buat Los Blancos.
Kemenangan itu membolehkan Actual melonjak ke tangga dengan kelebihan jumlah perbezaan gol ke atas pasukan tempat kedua, Girona, manakala Barcelona akur di kedudukan ketiga. – AGENSI
[ad_2]
Source link