[ad_1]
NEW YORK: Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Basic Motors (GM) mengesahkan sudah berdaftar dengan Persekutuan Pemotoran Antarabangsa (FIA) untuk menyertai perlumbaan kereta Method Satu (F1) pada 2028.
GM dalam satu kenyataan memetik Presidennya Mark Reuss sebagai berkata berkata, syarikat itu akan membekalkan enjin kepada pasukan Amerika, Andretti dalam perlumbaan tersebut.
Katanya, mulai 2028, pasukan Andretti Cadillac F1 akan dipacu oleh enjin GM.
“Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan luas kami tentang perlumbaan ini, kami yakin dapat menghasilkan enjin yang laju dan memenuhi keperluan pasukan Anfretti Cadillac. Kami akan memastikan keupayaan enjin ini pada tahap tertingi dan kemampuan bersaing yang pastinya akan mengujakan peminat,” katanya.
Bulan lalu, FIA membenarkan permohonan Andretti untuk berlumba dalam F1.
Menurut syarikat pengeluar kenderaan itu, setakat ini ujian dan pembangunan teknologi prototaip bagi tujuan perlumbaan itu sedang rancak berjalan. – AFP/UTUSAN
[ad_2]
Source link