[ad_1]
PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) sedang mengkaji cadangan pembangunan Tiara Residence susulan bantahan penduduk Bukit Jelutong, Sabtu lalu.
Sime Darby Property dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka sangat menghargai maklum balas dan ia diambil kira sebagai enter berharga terhadap projek pembangunan itu.
“Kami sedang mengkaji cadangan pembangunan terbabit dan penduduk yang prihatin serta pihak berkepentingan akan dirujuk sebagai sebahagian daripada proses. Kami memahami dan akan terus meneroka pelbagai kemungkinan jalan penyelesaian dengan memikirkan kepentingan semua pihak yang terbabit.
“Sime Darby Property juga mengakui bahawa perkara ini memerlukan perancangan yang teliti, tindakan yang bernas dan akan kekal komited dengan jalan ini,” katanya.
Terdahulu, dilaporkan lebih 1,000 penduduk Bukit Jelutong mendesak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meneruskan projek pembangunan di padang hijau yang berkeluasan kira-kira 28 hektar di lokasi berkenaan. – UTUSAN
[ad_2]
Source link