[ad_1]
KOTA BHARU – Aksi Liga Tremendous antara Kelantan United FC (Kelantan United) menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) tergendala buat sementara waktu berikutan air bertakung di atas permukaan padang Stadium Sultan Muhammad IV, di sini susulan hujan lebat.
Komisioner Perlawanan, Mohd. Paudzi Sukami berkata, sehingga pukul 9.40 malam belum ada sebarang keputusan dapat diputusakan sama ada perlawanan diteruskan atau sebaliknya.
Menurutnya, pemeriksaan padang perlu dilakukan selain mengambil kira situasi cuaca terkini yang berlaku di stadium.
“Pegawai perlawanan akan membuat pemeriksaan padang dan melihat keadaan cuaca pada pukul 10.30 malam nanti.
“Selepas itu, perbincangan akan dijalankan. Saya perlu memaklumkan dan mendapatkan maklum balas pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.
Mohd. Paudzi memberitahu, sekiranya keadaan tidak mengizinka, perlawanan malam ini mungkin ditunda ke satu tarikh lain.
Terdahulu, hujan lebat melanda kebanyakan kawasan di Kota Bharu bermula pukul 6.30 petang tadi.
Sehingga kini, tiada tanda-tanda yang menunjukkan hujan akan reda dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link