[ad_1]
KUCHING: Rombakan Kabinet yang dijangka sebelum penghujung bulan ini merupakan hak prereogatif Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, terpulanglah kepada perdana menetri kerana itu hak beliau.
“Jika kita mahu mempercepatkan ekonomi negara, asas pelabur adalah melihat kepada kestabilan politik negara.
“Apabila politik stabil, pelabur akan melihat dasar dan strategi yang diumumkan oleh kerajaan dalam konteks pelaburan dan sama ada ia mesra perniagaan kepada komuniti perniagaan,” kata Fadillah yang juga merupakan Ketua Whip GPS ketika ditemui media hari ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan untuk membuat rombakan Kabinet sebelum tahun depan (pada bulan ini).
Reaksi itu diberikan Anwar ketika disoal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Akmal Afif Yaseer Arafat di luar perkarangan Surau Putra Al-Amin, Presint 8.
“Saya setuju (rombakan Kabinet), sebelum tahun depan (bulan ini),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru itu, Fadillah berkata sokongan kepada kestabilan politik antara perkara yang perlu diberikan perhatian yang akan memberi impak kepada kebajikan rakyat di negara ini.
“Ini adalah perkara yang perlu kita beri perhatian dan kita mahu terus menarik pelabur asing.
“Jadi, apabila ekonomi kita terus berkembang, dari situ kita dapat terus menjaga kebajikan ‘rakyat’ (rakyat),” ujar Fadillah lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya adakah GPS akan terus menyokong kerajaan sekarang sekiranya terdapat kemungkinan rombakan Kabinet Persekutuan.
Terdahulu, Fadillah merasmikan program promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di SMK Tun Ahmad Zaidi, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya di sini hari ini.
Bagaimanapun ditanya lagi mengenai jangkaan rombakan Kabinet akan dilakukan Fadillah menjawab, “Saya tidak mengetahui perkara ini.
“Itu kena tanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada perbincangan dengan saya setakat ini.” katanya.
Sama ada kemungkinan rombakan Kabinet akan menyumbang lagi kepada kestabilan politik, beliau berkata bahawa (mengesan rombakan Kabinet) adalah prerogatif Perdana Menteri.
“Sudah pasti beliau (Anwar) akan menilai sama ada menteri boleh menjalankan tugas atau tidak, atau kementerian berkenaan sesuai atau tidak dengan kebolehan, keupayaan dan kemahiran menteri.
“Sebab itu saya katakan ia adalah prerogatif Perdana Menteri. Kalau hendak bentuk Kabinet, dia kena cari menteri yang boleh bekerjasama, menjalankan tugas dan amanah seperti yang diharapkan,” tambahnya lagi.
Mengenai sama ada rombakan Kabinet akan melibatkan Ahli Parlimen GPS, Fadillah, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata perkara itu hanya akan ditentukan sekiranya ia berlaku. –UTUSAN
Finish.
[ad_2]
Source link