[ad_1]
LIVERPOOL – Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.
Keputusan itu membolehkan The Reds kembali ke landasan kemenangan dalam saingan EPL selepas terdahulu seri 1-1 dengan juara treble musim lalu, Manchester Metropolis di Stadium Etihad pada minggu lalu.
Ia juga kemenangan kedua berturut-turut buat Liverpool dalam semua kejohanan selepas menewaskan LASK Linz 4-0 pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat lalu.
Dalam aksi sebentar tadi, skuad bimbingan Jurgen Klopp meraih gol pertama menerusi jaringan sendiri penjaga gol Fulham, Bernd Leno pada minit ke-20 sebelum pelawat menyamakan kedudukan melalui Harry Wilson empat minit kemudian.
Liverpool kemudiannya kembali mendahului menerusi Alexis Mac Allister pada minit ke-38 tetapi Fulham sekali lagi bnagkit mengikat kedudukan hasil jaringan Kenny Tete di penghujung separuh masa pertama.
Tuan rumah kemudiannya dikejutkan dengan gol ketiga Fulham hasil tandukan Bobby De Cordova-Reid pada minit ke-80.
Bagaimanapun, Liverpool menceriakan para penyokong mereka dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit untuk meraih tiga mata berharga dalam aksi itu.
Ia bermula dengan jaringan pemain gantian, Wataru Endo pada minit ke-87 sebelum tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold melengkapkan malam gemilang The Reds menerusi gol kemenangan seminit kemudian. – AGENSI
[ad_2]
Source link