[ad_1]
KUALA LUMPUR – Sabah muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) edisi ke-21 dengan catatan 35 pingat.
Menerusi jumlah penyertaan 600 atlet dari 14 negeri, Sabah berjaya meraih sebanyak 16 pingat emas, 13 gangsa dan enam perak.
Sopma yang berlangsung di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang itu melibatkan lima acara sukan iaitu olahraga, bola sepak (lelaki), futsal (wanita), badminton dan boling.
Sementara itu, naib juara menjadi milik Sarawak yang cemerlang meraih sembilan pingat iaitu lima emas, satu gangsa dan tiga perak.
Berada di kedudukan ketiga, pencapaian Kedah juga tidak mengecewakan apabila berjaya membawa pulang 11 pingat (tiga emas, empat gangsa dan empat perak).
Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn berkata, temasya ini setaraf dengan Sukan Malaysia (Sukma) dan ia akan kembali pada tahun 2025 di Kuching, Sarawak.
Lapan acara sukan di Sopma 2025 katanya, adalah bukti bahawa aktiviti sihat seperti sukan melibatkan golongan orang pekak semakin berkembang pesat.
Dalam masa sama menurut beliau, pihaknya juga akan meneruskan pencarian atlet-atlet baru sebagai persediaan di masa akan datang.
“Saya cukup berpuas hati kerana lebih ramai atlet-atlet muda yang melibatkan diri dalam Sopma kali ini dan banyak juga rekod baru berjaya dicatat.
“Sopma akan kembali pada 2025 di Kuching, Sarawak serta bakal memperkenalkan tiga acara tambahan iaitu renang, ping pong dan orienteering.
“la adalah bukti bahawa golongan orang pekak mampu menyertai aktiviti kesukanan sama seperti orang regular.
“Jumlah komuniti orang pekak semakin bertambah dan pada mereka sentiasa terlibat dengan aktiviti sihat melalui kesukanan,” katanya katanya ketika menghadiri Majlis Penutupan Sopma Edisi ke-21, malam ini di sini. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link