[ad_1]
SUNGAI BULOH – Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di kilometer 457, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 9.58 malam.
Katanya, sebanyak tujuh anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan enam buah kenderaan antaranya sebuah lori treler membawa muatan konkrit dan sebuah lori kontena.
“Baki empat kenderaan lain yang terlibat merupakan kereta Perodua Axia, Honda HRV, Honda Metropolis dan Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut beliau, pemandu treler berusia 30-an yang terlibat nahas berkenaan didapati tersepit dan sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link