[ad_1]
JOHOR BAHRU: Hujan lebat kira-kira dua jam petang tadi menyebabkan 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan, Skuad Kilat pihak berkuasa tempatan (PBT) telah digerakkan ke semua lokasi terjejas.
Lokasi terlibat ialah Jalan Rosmerah Utama, Jalan Setia 10, Jalan Mutiara Emas Utama, Jalan Mohd. Amin 7 dan Jalan Setia 11.
“Lokasi lain termasuk Jalan Dato’ Sulaiman, Jalan Harmonium 24, Jalan Datin Halimah, Jalan Skudai, Jalan Tampoi serta Kampung Ubi.
“Sehubungan itu, Skuad Kilat MBJB digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa saluran air tersumbat serta lain-lain bantuan,” demikian menurut MBJB dalam satu kenyataan itu, hari ini.
Para pengguna jalan raya dan warga bandar raya diingatka supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. – UTUSAN
[ad_2]
Source link