[ad_1]
IPOH – Seorang ejen insurans berusia 46 tahun berputih mata apabila kerugian RM333,600 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi ‘Bain On-line’.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan bermula pada 15 Oktober lalu selepas lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Eva di sebuah medan selera di Taman Canning.
“Bagi tempoh 19 Oktober sehingga 12 Disember lalu, mangsa dari Taman Pari itu telah memasukkan dana sebanyak 12 kali ke lima akaun financial institution berlainan berjumlah RM333,600.
“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas dia dikehendaki membuat bayaran komisyen sebanyak RM57,400 jika mahu mengeluarkan wang keuntungan pelaburan. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link