[ad_1]
PETALING JAYA: Syarikat pengeluar selipar getah jenama Gripp kini menawar selipar percuma sebanyak 3,500 pasang bermula 30 Disember ini sehingga 5 Januari depan.
Pengasas Gripp, Jack Lim berkata, tawaran tersebut juga dibuat bagi memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba kualiti produk yang berada dalam pasaran.
Selain itu, pemberian tersebut dibuat dengan berteraskan konsep kongsi rezeki dan demi memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.
“Kita mahu meneruskan lagi legasi ini supaya dapat berkongsi rezeki dan memberi lebih banyak manfaat kepada semua orang.
“Apatah lagi, ia bakal menjadi fenomena baru selepas tiada lagi jenama lain yang berjaya mendapat tempat dan bualan hangat golongan muda masa kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata Jack Lim lagi, kemunculan Gripp juga merupakan inisiatifnya bagi mengembalikan zaman kegemilangan selipar getah yang pernah tular suatu ketika dulu dengan gelaran ‘selipar cap gajah’ atau lebih dikenali dengan jenama Fipper.
Malah katanya, jenama tersebut telah berjaya melahirkan ramai usahawan sekaligus meluaskan lagi pasaran selipar ke seluruh Malaysia juga di luar negara.
Sempena pelancaran, Gripp memberikan selipar percuma sebanyak 3,500 pasang selipar bermula dari 30 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan selipar percuma, boleh layari laman sesawang rasmi Gripp di www.grippsandal.com, juga mengikuti laman sosial Gripp; Fb, Instagram dan TikTok rasmi iaitu @grippsandal.
[ad_2]
Source link