[ad_1]
BANGKOK – Seorang pemandu teksi motosikal di Pattaya menerima pujian kerana kejujurannya, lapor portal berita Pattaya Day by day Information semalam.
Dia menerima pujian selepas menyerahkan kepada polis sejumlah besar wang milik seorang pelancong yang tercicir di jalan raya berhampiran sebuah lodge pada 5 Januari lalu.
Wilailak Pimnoi, 58, sedang menunggu pelanggan di Pattaya Third Highway sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan).
Dia tiba-tiba melihat melihat sebuah beg mengandungi wang €1,500 (RM7,632) dan 10,800 baht (RM1,432) di atas jalan raya.
Wilailak mengambil beg itu dan segera menghubungi polis Pattaya yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
Polis memuji Wilailak atas kejujuran dan kemurahan hatinya dan akan cuba mencari pemilik wang itu.
Polis berkata bahawa wang itu akan disimpan sebagai bahan bukti sehingga dituntut oleh pemiliknya. – AGENSI
[ad_2]
Source link