[ad_1]
JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Cilegon, wilayah Banten menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menerima hadiah berupa 1 hektar kebun kelapa sawit daripada bapa saudara pengantin lelaki, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, Kemas Andika dan isterinya, Angesty Prawidyasari diraikan dalam satu acara yang berlangsung di sebuah resort.
Mereka kemudian dilihat menerima hadiah misteri berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero Sport berwarna hitam daripada nenek pengantin perempuan.
Pasangan mempelai itu kemudian menerima satu lagi hadiah berupa geran tanah kebun kelapa sawit seluas 1 hektar pemberian bapa saudara pengantin lelaki.
Menurut Kemas Andika atau lebih mesra disapa Dika, hadiah itu diberikan sebagai melengkapi mas kahwin yang telah diserahkan kepada Angesty iaitu 2 hektar kebun kelapa sawit.
“Kami baru tahu mengenai hadiah-hadiah itu pada hari ini (majlis perkahwinan). Kami amat terkejut melihatkan hadiah ini, namun ia adalah tanda sayang keluarga terhadap kami,” katanya. – AGENSI
[ad_2]
Source link