[ad_1]
KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas kereta dinaikinya bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Taman Mulia Jalan Assam Jawa, di sini, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, mangsa dikenali Nur Izzathy Ashikin Ibrahim, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya, Tarmizzi Rumandud, 37, parah akibat tersepit pada kereta jenis Proton Saga FLX yang dinaiki mereka.
Dua beranak yang menaiki MPV jenis Toyota Estima pula dikenali Mohd. Saiful Shahrir Mohd. Rosdi, 41, cedera ringan dan anak perempuannya, Raudah dilaporkan tidak sedarkan diri. Kesemua mangsa dilaporkan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.58 pagi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mendapati kereta dinaiki pasangan suami isteri yang dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor ke Jeram telah memasuki jalan bertentangan lalu bertembung dengan MPV Estima tersebut.
“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas serta memberikan rawatan awal.
“Seorang wanita bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya hari ini.
Beliau menegaskan, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE
[ad_2]
Source link