[ad_1]
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 blok 56, Flat Sri Sabah, Cheras, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 petang tadi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadiaan dan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat tersebut.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ridzuan, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku.
“Siasatan lanjut akan diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link