[ad_1]
KUALA LUMPUR – Perjalanan beregu sensasi negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di Terbuka Switzerland terhenti di pusingan kedua selepas tumpas di tangan lawan dari Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di St.Jakobshalle Basel tersebut, Sze Fei-Izzudin yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan menampilkan aksi cukup baik pada set pertama perlawanan selepas mencatat kemenangan 21-17.
Pada set kedua perlawanan, Sze Fei-Izzudin dipaksa bermandi peluh apabila gandingan dari Thailand tersebut bangkit sebelum mencatat kemenangan 21-19.
Impian pasangan negara untuk mara ke peringkat suku akhir tidak kesampaian apabila mereka tumpas 15-21 apabila sering melakukan kesilapan mudah hingga membuka ruang kepada lawannya itu bangkit mencipta kemenangan.
Berdasarkan rekod pertemuan, ini adalah kekalahan kedua Sze Fei-Izzudin ke atas gandingan Thailand tersebut yang sebelum ini mereka tewas sewaktu Terbuka Thailand pada 2021.
Pada Januari lalu, Sze Fei-Izzudin bangkit mencatat kemenangan straight set 21-17, 22-20 ke atas pasangan No. 24 dunia tersebut sewaktu Terbuka Malaysia pada Januari lalu.
Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas suku akhir apabila mudah mengatasi rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-10, 21-11 dalam tempoh 31 minit.
Wei Chong-Kai Wun dijadual bertemu Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin selepas lawan dari Indonesia itu mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan menewaskan satu lagi beregu negara, Low Grasp Yee-Ng Eng Cheong 16-21, 21-13, 21-12. -KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link