[ad_1]
SEBAGAIMANA yang semua tahu, kebelakangan ini begitu banyak kisah tak baik mengenai pelakon dan penyanyi ini diperkatakan orang ramai.
Paling klimaks, adalah mengenai kes tangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. Kalau boleh ada banyak sahaja benda yang hendak diluahkan kepada Aliff sebagai orang industri yang telah melihat banyak dimensi perubahan pada kerjaya seninya.
Tetapi, rasanya seakan sia-sia kalau nak luah semua perkara padanya pun sebab, bukannya sebelum ini tak pernah orang industri beri nasihat kepadanya.
Sama ada keluarga, rakan baik, teman sekeliling, rasanya sudah berbuih mulut cakap benda yang sama, supaya dia jaga diri dan jaga reputasi.
Tetapi itulah, Aliff tetap dengan kelakuannya hingga terjebak dengan benda-benda tak baik begini.
Memanglah, kalau nak jadi, kita pun tak boleh nak jangka. Tetapi, kalau benda boleh elak, kenapa kita tak nak elak?
Satu lagi, berkali-kali sudah Aliff tampil minta maaf setiap kali melakukan kesilapan atau khilaf.
Tak akanlah setiap kali awak rasa orang akan sentiasa memahami dan memaafkan? Akan ada waktunya orang dah muak dan tak kuasa nak dengar semua kata-kata atau janji awak itu.
Sebab, nampak gayanya, setiap kali pun akan kembali terjebak dengan hal yang lebih kurang sama.
Cik Bunga pun bukan nak sokong atau menyebelahi Bella Astilah sangat bila dia minta cerai dengan Aliff.
Tetapi, mungkin perpisahan adalah jalan terbaik setelah bertahun-tahun awak berdua mencuba menyelamatkan rumah tangga.
Satu soalan yang Cik Bunga nak tanya pada Aliff, sampai bila awak nak jadi macam itu?
Pengajaran atau teguran yang macam mana lagi yang mampu membuatkan awak berubah sebenar-benarnya?
Ya, memang benarlah, jawapan ini kita sebagai manusia tidak ada sebab Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Kuasa, adalah Dia Yang Satu.
[ad_2]
Source link