[ad_1]
KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengambil kira faktor cuaca dan pergerakan angin sebelum membuat sebarang keputusan berkait kerja-kerja operasi pembenihan awan di kawasan-kawasan yang berdepan dengan kemarau ketika ini susulan fenomena El Nino.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain itu faktor awan akan turut diambil kira sebagaimana yang telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK).
Menurutnya, jika situasi tersebut dilihat sesuai kementerian akan akan jalankan proses berkenaan.
“Pembenihan awan akan dilakukan berdasarkan faktor cuaca, angin dan awan yang betul.
“Proses itu (pembenihan awan) dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memberi panduan mengenai perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Discussion board Profesional Anak Kelantan 2024 di sini hari ini.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberitahu, setakat ini, bekalan air di empangan-empangan yang sebelum ini dilaporkan semakin susut masih berada dalam keadaan terkawal.
Katanya, berpandukan kepada ramalan MetMalaysia, cuaca semakin baik semasa peralihan monsun ketika waktu ini.
Media sebelum ini melaporkan,
empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan empangan berkenaan ialah Empangan Sembrong Barat di Johor yang kini merekodkan paras 31.65 peratus, Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (35 peratus), Empangan BS Padang Saga (39.67 peratus) dan Empangan Malut di Kedah (39.90 peratus).-UTUSAN
[ad_2]
Source link