[ad_1]
TAMPIN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan kawasan penempatan tanah rancangan Felda dan juga kawasan luar bandar tidak akan terpinggir daripada menerima liputan telekomunikasi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau tidak mahu lagi ada terdapat anak-anak yang terpaksa memanjat pokok untuk belajar, manakala peneroka pula terpaksa pergi ke kawasan berdekatan menara telekomunikasi untuk mendapatkan capaian web.
Menurutnya, teknologi baharu, teknologi generasi kelima (5G) itu kini sudah mencapai sebanyak 64 peratus pemasangannya telah dilakukan di kawasan yang berpendudukan tinggi di negara ini.
“Namun, felda dan kawasan luar bandar bukanlah kawasan yang berpendudukan tinggi. Saya tekankan dalam mesyuarat kabinet, kawasan luar bandar, kawasan felda, kawasan felcra wajib diberikan kesamarataan bagi segi liputan telekomunikasi 5g.
“Ini adalah sesuatu yang bukan sahaja menjadi panduan serta tanggungjawab syarikat tetapi juga Kerajaan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai 2, Gemas, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link