[ad_1]
SHAH ALAM – Bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri malam ini.
Pengumuman itu dilakukan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad sempena sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan penganugerahan itu kepada Mohd. Tamyes.
Mohd. Shahzihan berkata, Mohd. Tamyes, 72, merupakan pemegang Diploma Pendidikan Bahasa Arab dari Universiti Ain Syams Kaherah, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.
“Beliau dikurniakan watikah pelantikan sebagai Mufti Selangor pada 16 Mac 1998 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan memegang jawatan itu selama 23 tahun sehingga 20 Mei 2021.
“Pencapaian dan jasa beliau juga antaranya sebagai Ahli Dewan Di-Raja Selangor, anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatankuasa Khutbah Selangor serta Pengerusi Jawatankuasa Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya ketika mengumumkan penganugerahan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link