[ad_1]
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan terhadap bekas peguam 1Malaysia Growth Bhd. (1MDB), Jasmine Bathroom Ai Swan sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini, siasatan PDRM terhadap Jasmine masih lagi berjalan dan belum selesai.
“Kita masih dalam peringkat menyiapkan kertas siasatan dan siasatan itu masih dilakukan oleh pihak kita (polis),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Sempena Kejohanan World Police & Fireplace Video games Winnipeg 2023 di Bukit Aman di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
Pada 16 Jun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, SPRM bersedia memangil Jasmine Bathroom sebaik sahaja siasatan yang dilakukan polis terhadap wanita itu selesai.
Beliau berkata, tindakan memanggil Jasmine Bathroom adalah bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan 1MDB yang sedang dilakukan SPRM.
Kata Azam, kesediaan Jasmine Bathroom yang mahu bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang masih melakukan siasatan ke atas 1MDB adalah sesuatu yang baik.
Pada 13 Jun lalu, Jasmine Bathroom kini dalam tahanan reman polis bersedia menceritakan perjalanan hidupnya sepanjang berada di luar negara sejurus selepas meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Jasmine direman mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan polis turut bekerjasama dengan SPRM sekiranya mereka memerlukan Jasmine sebagai saksi atau membuka siasatan. – UTUSAN
[ad_2]
Source link