[ad_1]
PETALING JAYA – Selepas menerima kecaman hebat, penyanyi Masya Masyitah akhirnya bersuara sekali gus menegaskan bahawa keputusan untuk membuka tudung adalah atas kerelaannya sendiri.
Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 24, menjelaskan keputusan tersebut juga tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu termasuk bapanya sendiri.
“Siapa kata ayah saya tanggung? Sendiri buat, sendiri tanggunglah.
“Kenapa orang lain pula menanggung (dosa) pula?” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Dia yang well-liked menerusi lagu Halimunan itu juga menegaskan ingin memiliki kehidupan yang lebih bebas selain enggan lagi terbabit dalam dunia selebriti.
Masya juga tidak kisah sekiranya populariti yang diraihnya sepanjang bergelar selebriti terkubur kerana lebih selesa dengan kehidupan sebagai orang biasa.
“Saya nak hidup bebas dan tak mahu lagi menjadi artis.
“Tak mahu lagi hidup dalam dunia glamor. Orang kata saya sendu, ya, saya mahu jadi begitu.
“Sekarang nak jadi orang biasa sahaja dan berehat,” jelasnya ringkas.
Terdahulu, Masya pada 30 Julai lalu mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab dalam Instagram miliknya.
Tindakannya meraih kecaman daripada netizen sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya dalam media sosial.
Sebelum insiden tudung terbang, dia juga kerap menjadi mangsa kecaman kerana menggayakan beberapa busana yang tidak bersesuaian dengan imej sebagai wanita berhijab. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link