[ad_1]
ALOR SETAR – Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyifatkan belian padi pada harga RM1,300 per tan tidak cukup untuk menampung kos enter yang semakin meningkat ketika ini.
Pengerusinya, Che Ani Mat Zain berkata, sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan menaikkan harga siling beras daripada RM2.60 kepada RM3.50 sekilogram (kg) bagi membantu petani menerima harga jualan padi yang lebih munasabah.
“Di pihak pesawah kita rasa sedikit kecewa kerana ingatkan kerajaan memahami keperitan yang dihadapi pesawah, kita sebenarnya menjangkakan harga belian padi naik RM1,400 atau RM1,500 per tan.
“Bagaimanapun jangkaan kami meleset apabila harga belian hanya naik RM100, ia tidak mencukupi untuk mengurangkan kos enter tinggi yang perlu kami tanggung untuk mengusahakan tanaman itu,” katanya.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan demonstrasi petani di seluruh Kedah ekoran tindakan pengilang menurunkan harga belian daripada RM1,700 kepada RM1,250 per tan pada awal bulan ini.
Che Ani berkata, harga lantai sebanyak RM1,300 masih jauh daripada RM1,700 per tan yang dibayar oleh pengilang padi sebelum tiba-tiba menurunkan harga kepada RM1,250 baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, harga siling beras RM2.60 sekilogram adalah terendah di Asia Tenggara serta tidak lagi relevan kerana kos enter meningkat beberapa kali ganda sejak sedekad lalu.
“Malah di Vietnam, Thailand dan Laos yang merupakan pengeluar utama beras di rantau ini, beras putih dijual masing-masing pada harga RM3.60, RM3.50 dan RM5.70 sekilogram, tetapi kita masih menjual pada harga RM2.60 sekilogram.
“Di Singapura beras dijual pada harga RM6.80 sekilogram manakala harga di Brunei kira-kira RM6.70 sekilogram. Harga itu perlu dikaji semula untuk menggambarkan kos pengeluaran semasa dan risiko yang perlu kita tanggung apabila tanaman rosak akibat bencana alam dan serangan penyakit serta haiwan perosak,” katanya.
Dalam pada itu, seorang petani, Muhammad Aeffandi Aziz, 40, dari Pendang dekat sini, berkata, kos mengerjakan sawah ketika ini meningkat antara RM10 hingga RM20 setiap relung termasuk upah mesin padi dan traktor.
“Bila belian padi naik RM1,700 dahulu pengusaha mesin padi dan traktor ini mula naikkan upah sewa mereka. Tetapi bila harga belian sudah turun takkan mereka akan turunkan semula?
“Bagi kami paling munasabah belian padi adalah RM1,500 per tan, dapatlah juga tampung kos kenaikan itu ini. Kalau naik RM100 mungkin itu cukup untuk tampung kenaikan kos sahaja. Bila naik RM1,700 dahulu kami paling bahagia tetapi rupanya sekejap sahaja,” katanya.
[ad_2]
Source link