[ad_1]
KINSHASA, Republik Demokratik Congo (DRC) – Tiga negara Afrika menafikan laporan media Israel yang mendakwa adanya perbincangan dengan Rejim Zionis berhubung penerimaan ribuan penduduk Semenanjung Gaza yang dipaksa berpindah dari wilayah itu, lapor laman berita The New Arab semalam.
Pegawai-pegawai dari DRC, Rwanda dan Chad menyatakan bahawa mereka tidak pernah berbincang dengan Israel seperti yang dilaporkan oleh media Rejim Zionis awal minggu lepas.
“Komitmen kami terhadap prinsip asas mengenai undang-undang antarabangsa adalah melarang sebarang perjanjian dibuat untuk memindahkan individu dari Gaza atau penglibatan dalam tindakan seperti itu kerana ia akan melanggar hak-hak ini,” kata seorang jurucakap kerajaan Chad.
Pada Jumaat lalu, Kementerian Luar Rwanda mengeluarkan amaran maklumat palsu berhubung laporan tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak pernah berbincang dengan Israel berhubung perpindahan penduduk Gaza dari Palestin.
Sementara itu, jurucakap DRC, Patrick Muyaya turut menyatakan bahawa dakwaan media Israel itu adalah palsu dan tiada rancangan untuk membawa masuk penduduk Palestin itu. – AGENSI
[ad_2]
Source link