[ad_1]
MUNGKIN mahu lebih awal memberikan aura hari kekasih, Netflix memunggah filem Marry Me ke dalam senarai tayangan bermula minggu lalu.
Sehingga hari ini, naskhah arahan Kat Coiro itu masih menduduki cartai 10 filem paling banyak ditonton di Malaysia.
Tepat seperti judulnya, Marry Me dibikin sebagai sebuah kisah cinta fantasi, atau lebih tepat, sebuah cerita dongeng yang gah dalam nuansa abad ke-21.
Marry Me adalah Romeo Juliet, Bawang Merah, Snow White dan Cinderella di dunia digital dan teknologi maklumat.
PENYANYI POPULAR MENCARI CINTA
Premis cerita ini mudah, seorang penyanyi terkenal dunia, Kat Valdez dilakonkan oleh Jennifer Lopez bakal melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idaman yang juga seorang penyanyi, Bastian.
Perkahwinan paling berprestij dalam sejarah Hollywood itu tidak akan berlangsung biasa-biasa.
Mereka bakal mengadakan konsert khas manakala acara perkahwinan diadakan di atas pentas yang sama usai persembahan.
Lebih 20 juta penonton menyaksikan ‘konsert perkahwinan’ mereka seluruh dunia. Namun, betul-betul sebelum perkahwinan berlangsung, tular video Bastian bercium dengan pembantu peribadi Kat sendiri.
Selebriti itu sedih, dalam keadaan gemuruh dan bercelaru Kat membuat keputusan gila apabila memilih salah seorang lelaki dalam kalangan penonton dan berkahwin dengannya pada malam itu.
Lelaki itu ialah Charlie lakonan Owen Wilson, seorang guru matematik, sangat nerda (skema) dan bapa kepada seorang anak perempuan bernama Luo yang dipaksa datang ke konsert berkenaan.
Charlie dalam keramaian menyebut ‘okay’ ketika ditanya adakah dia bersetuju berkahwin dengan Kat.
PREMIS MUDAH, GARAPAN KEMAS
Maka di sinilah bermula segala romansa yang semestinya membuatkan anak-anak gadis tingkatan tiga akan tersenyum-senyum menonton cerita ini.
Premisnya mudah, seorang artis widespread mencari cinta sejati setelah berkali-kali hatinya dimusnahkan oleh lelaki.
Bagi plot cerita sebegini, sudah semestinya penulis skrip perlu mencipta sebuah momen ajaib seolah-olah cinta adalah perkara yang terlalu luar biasa dan perlu datang kepada kita dalam keadaan yang sangat luar biasa juga.
Dalam konteks Marry Me, bernikah dengan cikgu Matematik adalah keajaibannya. Ada beberapa aspek dalam filem ini yang bagi saya lebih menarik jika ditambah baik seperti bagaimana Kat dan Charlie boleh keluar berjalan berdua-duaan di tepi jalan.
Kalau secara logiknya, Kat seorang artis terkenal dunia, sudah semestinya mereka sering diekori paparazzi.
Walaupun bagi saya plot cerita ini terlalu mudah, tidak membahaskan ketegangan hubungan dua darjat (populariti), dari aspek keluarga contohnya, namun garapannya masih kemas daripada setiap peralihan act.
J.Lo juga sangat menjadi melakonkan Kat, seolah-olah dia sedang melakonkan dirinya sendiri. Jika anda merindukan naskhah ala Sandra Bullock di dalam Miss Congeniality (2000), atau Julia Roberts dalam Notting Hill (1999). Marry Me semestinya filem untuk anda.
[ad_2]
Source link