[ad_1]
PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menuju ke arah Pantai Timur pada malam ini, berikutan pertambahan kenderaan susulan cuti Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.
Pengendali Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menerusi Twitter memaklumkan, trafik dilaporkan perlahan sepanjang 14.4 kilometer (km) dari Gombak ke Bukit Tinggi iaitu bermula KM 26.6 hingga ke KM 41.0 pada malam ini.
Trafik turut dilaporkan perlahan sepanjang 1.3 km di Gombak arah timur iaitu dari KM 23.7 hingga KM 25.0.
“Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan sepanjang 2.6 km iaitu dari KM 53.5 – KmKM56.1 (Lentang) serta sepanjang 3 km dari Km 57.3 hingga Km 60.3 (Lentang-Bentong),” katanya.
Dalam masa sama, aliran trafik di LPT1 juga sesak sepanjang 1.1 km dari KM 122.4 hingga KM 123.5 arah timur (Lanchang – Temerloh) berikutan laluan kontra diaktifkan di lokasi. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link