[ad_1]
MIAMI – Presiden Inter Miami, Jorge Mas mengesahkan cukup berminat untuk membawa penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi ke kancah Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) pada masa akan datang.
Sebagai rekod, Messi yang telah berhijrah ke PSG daripada Barcelona pada tahun lalu gagal memberikan impak yang diharapkan dengan spekulasi penghijrahannya kembali hangat diperkatakan selepas kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim baharu nanti.
Kata Mas, penyerang antarabangsa Argentina itu masih boleh dianggap sebagai pemain terbaik di dunia sekali gus berpotensi untuk melonjakkan lagi pasukannya ke tahap yang lebih tinggi meskipun telah berusia 35 tahun.
“Saya sudah berbincang dengan pemilik bersama, David Beckham dan kami sepakat untuk menandatangani Messi yang juga pemain terbaik di dunia untuk dibawa ke Miami pada masa depan.
“Ini adalah aspirasi yang cuba kami berikan kepada penyokong kelab dan juga peminat bola sepak MLS secara keseluruhan kerana kami serius untuk mengembangkan lagi pasukan ini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Mengulas lanjut, Mas mengakui mahu mengambil inspirasi daripada Barcelona dalam usaha menjadi salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia dan ia mampu direalisasikan sekiranya berjaya membawa Messi ke Amerika Syarikat.
“Saya telah berbincang dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta dan kami banyak bertukar pendapat. Miami mempunyai potensi untuk ke arah pasukan berpengaruh terutama apabila stadium baharu kami siap dibina nanti,” katanya. – AGENSI
[ad_2]
Source link