[ad_1]
MELAKA: Gerakan Tanah Air (GTA) Melaka mengesahkan bertanding di lima kerusi Parlimen di negeri ini dengan menyasarkan menang kesemuanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Ketua Majlis Pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Melaka, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata, keyakinan itu berdasarkan penampilan semua calon muka baharu dalam kalangan profesional, ahli perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurut beliau, apa yang lebih penting calon-calon GTA berpengaruh selain mempunyai rekod bersih daripada rasuah dan disenangi masyarakat setempat.
Beliau berkata, GTA akan bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu iaitu Jasin, Grasp Tuah Jaya, Tangga Batu, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
“GTA Melaka masuk bertanding PRU15 bukan untuk kalah tetapi kita tampil kali ini dengan tujuan untuk menang.
“Tidak mustahil sasaran yang diletakkan menjadi kenyataan kerana kita menampilkan semua calon profesional, berkaliber, berpengaruh serta bersih daripada rasuah. Bakal menarik minat 50 peratus pengundi baharu di negeri ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Semabok Perdana di sini, semalam.
Sheikh Ikhzan yang juga seorang peguam berkata, calon-calon yang ditampilkan terdiri daripada parti komponen GTA iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Menurutnya, senarai calon akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi GTA selewat-lewatnya minggu depan.
DItanya adakah dirinya turut menjadi calon PRU15, Sheikh Ikhzan memberi bayangan akan bertanding di Parlimen Grasp Tuah Jaya.
“Walaupun tiada nama-nama besar, bukan menjadi masalah untuk menambat hati pengundi khususnya golongan muda.
“Saya serahkan kepada keputusan pucuk pimpinan GTA dan Pejuang untuk putuskan. Untuk menang di Grasp Tuah Jaya, parti kena tampilkan calon profesional kerana kawasan ini ramai orang berpendidikan tinggi,” ujarnya.- UTUSAN
[ad_2]
Source link