GUA MUSANG – Empat lelaki dicekup selepas dipercayai menyalahgunakan allow menggali pasir dengan menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis di sini semalam.
Serbuan kira-kira pukul 4 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Utara (PGU) Bukit Aman dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Kelantan menerusi Op Gali Mega itu turut merampas dua buah jengkaut serta pelbagai kelengkapan melombong emas bernilai RM1.13 juta.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemantauan udara menggunakan dron oleh Cawangan Risik Briged Tenggara PGA dan Unit Dron PGU mendapati kawasan tersebut dijadikan lokasi melombong emas.
Katanya, ketika serbuan dijalankan, empat lelaki termasuk seorang warga China berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.
“Salah seorang daripada lelaki itu menyerahkan salinan permohonan allow mengeluarkan pasir di Sungai Nenggiri, Mukim Kuala Betis Daerah Betis, Jajahan Lojing bertarikh 31 Januari 2024.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan itu menjumpai dua buah jengkaut, dua palong, dua mesin penyedut, dua set jana kuasa, 51 keping karpet rumput pelbagai saiz dan tiga gulung karpet rumput bernilai RM1.13 juta yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan emas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Radzi memberitahu, siasatan lanjut mendapati, syarikat tersebut disyaki menyalahgunakan allow menggali pasir dengan menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram.. – KOSMO! ONLINE